GUA MUSANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata tangkapan itu bertujuan membuktikan kesalahan yang berlaku, berhubung kes berkenaan.
Beliau berkata kes ini telah diketahui umum dan suspek terlibat telah ditahan semalam serta siasatan masih diteruskan.
"Beberapa pihak-pihak lain juga akan dipanggil SPRM untuk memberi keterangan kes berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat SPRM cawangan Gua Musang yang baharu di Bangunan Persekutuan Gua Musang, di sini, hari ini.
Selain itu, beliau berkata berkemungkinan permohonan reman baharu bagi kesemua suspek yang ditahan juga akan dibuat, berikutan tempoh masa reman yang diberi tidak mencukupi untuk membolehkan SPRM melengkapkan siasatan awal.
Semalam, anak lelaki seorang menteri besar antara enam direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000, sejak dua tahun lepas.
Sementara itu, Azam berkata SPRM akan menumpukan penyiasatan terhadap isu pembinaan projek Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Putrajaya, yang bernilai RM25 juta yang melibatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
"...Untuk makluman semua, sebenarnya pembiayaan datang sebanyak RM2.5 juta daripada pihak FIFA, bukan duit FAM.
"FAM cuma menjalankan perolehan melalui tender dan sebagainya, dan telah dikemukakan kembali kepada FIFA untuk pemilihan yang terakhir dan pihak FIFA telah bersetuju dengan syarikat yang berkaitan," katanya.
Azam berkata isu ini bukan sahaja FAM yang terlibat, malah FIFA juga kerana ia melibatkan duit mereka.
"Oleh itu, bagi memuaskan hati mereka yang membuat tohmahan isu ini, untuk adil kepada semua pihak maka kami siasat isu berkenaan," katanya.
Azam berkata SPRM tidak akan mengambil tindakan berhubung permasalahan pentadbiran yang berlaku di dalam organisasi itu.
"Kami tidak akan ambil tindakan berhubung isu-isu pentadbiran sebagai contoh hal gaji, hal itu ini dan sebagainya.
"Kes ini SPRM menganggap sebagai satu kes yang melibatkan kepentingan awam, maka kita telah melihat pada maklumat yang diberikan jadi kita tumpukan kepada satu isu saja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata tangkapan itu bertujuan membuktikan kesalahan yang berlaku, berhubung kes berkenaan. - Foto Bernama
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Projek Telaga Jejari: Empat termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat air direman
Dua bekas pegawai kanan syarikat air dan dua konsultan pembinaan telaga direman tiga hari bagi membantu siasatan Projek Pembinaan Telaga Jejari.
Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan - Fahmi
Perdana Menteri sudah membuat beberapa pertimbangan sebelum memutuskan mengenai pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh setahun lagi, berkuat kuasa 12 Mei ini.
Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: SPRM teliti tindakan Kor Ming umum peruntukan dana
SPRM sedang meneliti tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, yang mengumumkan peruntukan dana infrastruktur ke Kuala Kubu Bharu (KKB), baru-baru ini.
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
MB Perlis disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM
Projek terlibat termasuk membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind